Sabtu, 3 Oktober 2009

hantu temerloh



Gambar hantu kali ini dikirimkan oleh Idan dari Mentakab, Pahang.

Beliau menyertakan teks ini:

Assalamualaikum...

Sy Idan berasal dr Mentakab, Pahang nak kongsi satu gambar aneh ditangkap secara tak sengaja kat satu taman rekreasi di Temerloh. Gambar ni diambik oleh member sy yg g dating kat taman ni dlm pkl 10 lbh pd bln Jun br2 ni.
Kalau skali imbas, memang xnmpk apa2 pn dlm gambar ni. Tp cuba zoom dkt2 kt pinggang sebelah kanan lelaki ini. Apa yg anda lihat?

Taman ni pn br je dibina dan sblm ni adalah kawasan hutan. Jalan ke taman ni mmg popular utk mat rempit menjalankan aktiviti sukan permotoran haram. Dan ada cerita dari penduduk di sekitar ini mengatakan selalu terjadinya kemalangan ngeri akibat ketidaktereran mat rempit ni beraksi. So, gambar ni jgk dikaitkan dgn kemalangan yg selalu berlaku. Tp sejauh mana kebenarannya..i don no..Pengawal keselamatan taman ni sendiri ada pengalaman pondok pengawalnya yg selalu digegar mcm nk roboh bila malam tiba. Sekarang taman ni dh tak dibenarkan masuk utk umum lps pkl 8 mlm sejak gambar ni tersebar.

Harap dapat dikongsi bersama...

Gambar kali ini kelihatan sungguh real (klik untuk dibesarkan). Juga sangat menyeramkan. Gambar diambil menggunakan kamerafon Nokia. Cakap banyak tak guna, korang tengok sendiri.


Moral Dari Gambar Ini :
-Jangan dating malam-malam di tempat yang sunyi. Bukan sahaja berpotensi diganggu hantu, malah memang sah-sah ada pihak ke-3 iaitu syaitan yang menghasut kita untuk membuat perkara mungkar.
-Bila ambik gambar pakai kamerafon, pastikan lighting yang sempurna (menghadap cahaya) baru la jadi gambar.
-merempit itu berbahaya dan merugikan semua pihak.

Kita juga ucapkan terima kasih kepada Idan kerana berkongsi. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu anda kepada kumprinx(a)gmail.com (juga sertakan sedikit informasi mengenai gambar seperti lokasi, waktu dan perihal kawasan tersebut). Tak kira la real ke tidak, pepehal kita kaji dulu bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan